I'm back, blogheart (:

21 Oktober 2012. 
                                   
Assalamualaikum dan salam hormat, 
Blog ini yang dulunya sudah usang dan teramat uzur telah diubahsuaikan dengan begitu cantik dan indah. Harap semua ambil perhatian dan singgah singgahlah di blog ini. Nama blog ini pun sudah ditukarkan kepada nama yang amat ceria, "Paris Tower" nasiblah tak Paris Hilton. Alhamdulillah, semalam Team Kelantan menang 3-2 menentang ATM di Stadium Shah Alam bagi Piala Malaysia 2012. Terima kasih diucapkan kepada Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra kerana telah menjaringkan 3 gol dan menjadi hero pasukan kelantan. Berbanyak terima kasih juga diucapkan kepada penjaga gol pasukan Kelantan yang amat hebat iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apek kerana telah menjaga gawang dengan baik sekali. Kemenangan kali ini merupakan kemenangan yang paling besar bagi penyokong pasukan Kelantan.  Tahniah, The Red Warriors. Bangga menjadi anak jati Kelantan. Harap Bojan Hodak bolehlah bertutur dalam loghat Kelantan selepas ini kerana mereka menjuarai perlawanan tersebut. Harap juga Afiq memotong rambut kerana tidak memberi tuah kepadanya. Apa-apa pun, Gomo Kelate Gomo. 
Alhamdulillah, semalam dapat juga aku merasai kenikmatan Samurai Burger. Terima kasih kepada Baba kerana belanja kami makan di McDonald Taman Bendahara. Sewaktu berada di sana, kelihatan ramai lelaki-lelaki kacak yang berpakaian serba merah iaitu pakaian The Red Warriors, kemungkinan selepas tamatnya perlawanan bola sepak mereka lapar dan terus lepak di McDonald. Mereka kelihatan sungguh gembira dan teruja kerana TRW menjuarai Piala Malaysia. 3 Samurai Burger dan 1 Spicy Chicken Mcdeluxe, kami berada di sana hampir sejam. Sungguh lucu melihat gelagat seorang makcik yang berpakaian baju TRW dan bergelagat seperti orang muda. Mengalahkan anaknya. Dia berbual dengan menggunakan nada yang amat kuat dan memeranjatkan sesetengah orang yang berada di dalam Mcdonald itu. Kesian, dia hampir malu kerana melatah di hadapan orang ramai. Harap tiadalah keturunan aku yang berperangai seperti makcik itu. Semoga hari ini merupakan hari yang lebih baik daripada semalam kerana semalan kenangan, hari ini kenyataan dan esok adalah harapan. Berharap juga agar kakak ipar, Nurul Hidayah Mohd Zaid yang berada di Mekah untuk menunaikan ibadat Haji itu selalu berdoa bagi kesejahteraan kami dan Mya Iman Humayra.
                                          
Sekian, Wassalam.