From the withered tree, a flower blooms.

31 Oktober 2012.  
                                     
Assalamualaikum dan selamat petang, 
Ditemani dengan lagu kegemarannya, monster by BigBang, blog ini telah dikemaskinikan. Goodluck diucapkan kepada pelajar-pelajar SMK Ismail Petra yang menghadapi peperiksaan akhir tahun pada hari ini dan hari yang seterusnya. Do your best. Tak lama lagi cuti persekolahan musim 2012 akan tiba. Oh god, cuti amat membosankan tapi seronok juga boleh jalan-jalan dan boleh buat gila dengan kawan. Cuti, okay cuti, mesti terima kenyataan yang aku akan dapat cuti percuma tidak lama lagi. Aku dapat rasakan yang cuti tahun ini sangatlah tidak seronok kerana tidak dapat ke Korea. Putus asa dan rasa nak terjun bangunan. Mikael Haikal dah tempah tiket untuk ke Korea pada 14 November ini tapi tiba-tiba pejabat dia buat hal dan tak boleh pergi. Apa-apapun, Mikael Haikal dah janji nak bawa aku ke Korea tahun hadapan, mungkin. Umi pula janji nak bawa aku pergi buat Umrah awal tahun hadapan. Harap, janji-janji mereka ditepati dan aku tidak merajuk lagi. Nampaknya blog ini rancak menari tarian oppa opppa style dan akan di-update setiap minggu, mungkin. Blogwalking kejap tadi, blog mereka kelihatan comel dan blog sendiri macam hodoh gitu. Tak ada lah terlalu hodoh sampai nak bagi kaki. Perkataan comel tu mesti ada. But, I'm proud of it. Cbox penuh dengan kata-kata semangat daripada blogger lain, the owner so pretty ? hahahaaa, I'm pretty yeah. Thanks everyone. Alamak, terlebih cakap mat salleh. Berbalik kepada perkara yang akan dilakukan pada musim cuti sekolah, perkara pertama ialah melancong. I wanna be Singaporean, 19 November, maybe. Maklumlah, keluarga belum tetapkan tarikh untuk pergi ke Singapura. Mikael Haikal nak belanja tiket masuk Universal Studio Singapore. Harap kali ini memang betul-betul percutian keluarga. Tidak pernah ke Singapura dan rasa tak sabar nak ke sana. Passport sudah tamat hayatnya dan perlu membuat yang baru. 

Next chapter, baru baru ini kami menyambut hari raya Aidiladha. Ataupun senang kira, hari raya korban. Tiga hari raya, tiga hari itulah kami makan daging korban. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Semua menu masakan ada. Hari raya haji tahun ini amat menggembirakan kami kerana dua orang daripada ahli kelurga kami yang terdekat, bertuah dapat ke Mekah untuk menunaikan ibadah Haji. Nurul Hidayah Mohd Zaid, kakak ipar aku yang cantik lagi menawan dalam usianya yang muda dapat ke Mekah. Alhamdulillah, bukan calang-calang orang yang dapat ke Mekah dalam usia 28 tahun. Harap mereka mendapat Hajjah yang mabrur. InsyaAllah. Kami di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Indahnya Mekah, Tuhan sahaja yang tahu. Aku berharap dapat ke Mekah dalam masa yang terdekat. Diri ini dipenuhi dengan dosa, dan mahu bertaubat kepadaMu Ya Allah, bukakanlah pintu hati aku Ya Allah. Setiap kali melihat Kaabah, rasa sayu sahaja dan rasa diri ini berada di sana. InsyaAllah, jika Allah izinkan, aku akan ke Mekah pada tahun hadapan. InsyaAllah, InsyaAllah. Orang kaya mahu beli tanah 3 lot, amboi kaya sangat. Aku suka sangat apabila jiran-jiran datang ke rumah tapi perangai biarlah elok sikit. Jangan buat macam rumah sendiri, rumah sendiri kan ? Part mengata, mengutuk, mengumpat orang memang diva lah. Diva bapak kau! Bosan ? iyaaa, kehidupan selepas Penilaian Menengah Rendah amat amat membosankan tahap maksima. Goyang kaki, makan, tengok movie dan tidur sahaja aktiviti aku selepas PMR. Bukannya freedom tetapi sudah menjadi boredom. Sudah ber-tong movie yang aku tengok tetapi boring masih menggatal dan bermanja dengan aku. How to handle bored illness ? Oh my, I'm so stupid for that little things. Harap dua tiga hari lagi aku boleh keluar jalan-jalan dengan Mya Iman Humayra, bagi menghilangkan rasa bosan yang teramat itu. For your information, Mya sudah pandai bertutur dalam loghat Kelantan. Budak baru belajar. Kelantanese tapi muka seakan akan Chinese. LOL

29 Oktober lalu, kami ke sekolah untuk suka-suka dan aktiviti pada hari itu ialah bbq. Kami tak pernah buat bbq pada waktu pagi dan ianya sangat sangat awesome, gila habis. Cikgu Roslina dan Mama Rohanah, the kipas women. Mereka yang handle aktiviti itu sehingga selesai kesemuanya, sampaikan tunggu pelajar makan, baru dia orang makan. The greaaaaaat cikgu :* Nasi goreng ala alaaa simple dan ayam bakar. Suasana membakar ayam bersama-sama membuatkan kami happy dan rasa nak adakan lagi aktiviti sebegitu. Walaupun aku tak tolong mereka buat kerja. Pada hari tersebut, Zaghe bawa dia punya dslr, Ferre punya tablet. Kami bergambar setiap saat untuk dijadikan kenangan. Memang have fun betul, macam budak-budak kindergarden pun ada, siap buat parody sore eyes bagai, miming lagu bagai, snap gambar gaya tak boleh blah. Sayangnya, Dila Sharina Yusri tak dapat datang, kena tolong ibu dia lah, apa lah. Banyak alasan betul. Kalau dia datang, mesti lagi gempak gila. Sekolah sudah menjadi macam sekolah atuk, nenek moyang kita. Tanussa lagi lah, dia buat macam sekolah dia sendirian berhad, datang pukul 9 woi. Tabik, hormat, spring kepada Tanussa. Lain kali, aku pun nak datang lewat ke sekolah, cikgu tak nampak pun, tapi kalau kena, memang masuk bilik disiplin terus. Pecah rekod dunia lah datang lewat ke sekolah. Hahahaaa. Esok sudah masuk bulan baru, NOVEMBER. Bulan cuti sekolah, ramai pelajar yang suka dan mereka akan pergi melancong. Tetapi, bagi aku melancong didahulukan, result PMR dilambat-lambatkan. Cool jyeah! Rasa takut pun ada tunggu result PMR, macam tunggu kucing bertelur. Berdebar semacam, tidur tak lena, macam-macam Tuhan duga. InsyaAllah aku dapat result yang terbaik dan boleh membanggakan umi, baba. Actually, tajuk entry kali ini tak ada kena mengena langsung dengan apa yang aku tulis. Sudah panjang lebar dan tiada noktah, harap entry ini boleh menceriakan hari anda. I love you uols. Adios Amigos ;)

                                     
Wassalam.